Tawaran terhad sekarang! Promosi Silaturahim Aidil Fitri-Adha.

Diskaun sehingga RM1000!

Hubungi kami sekarang!

Tawaran terhad sekarang! Promosi Silaturahim Aidil Fitri-Adha.

Diskaun sehingga RM1000!

Hubungi kami sekarang!

FAQ

Koleksi soalan-soalan lazim untuk rujukan anda.

Bagaimana nak tukar nama arwah kepada nama waris dalam geran rumah atau kereta?

1. Semua harta yang berdaftar atas nama arwah tidak boleh ditukar nama kepada waris kecuali selepas melalui proses perbicaraan pusaka. Perbicaraan boleh dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil (MT) atau Unit Pembahagian Pusaka kecil (UPPK) di pejabat tanah. Diakhir perbicaraan, Perintah Pembahagian Pusaka akan diperolehi.

2. Selepas waris mendapat Perintah Pembahagian Pusaka, barulah harta arwah tadi boleh didaftarkan kepada nama waris di pejabat tanah (rumah dan tanah) atau di JPJ (kenderaan).

3. Pusakacare.com telah membantu ramai pelanggan mendapatkan Perintah Pembahagian Pusaka bagi membolehkan pembahagian dan pendaftaran dibuat dengan segera serta menjimatkan kos.

Wajibkah pembahagian pusaka dibuat mengikut Faraid?

1. Semua orang Islam adalah terikat dengan hukum Faraid. Dan hukum Faraid pula dikuatkuasakan dibawah undang-undang Sivil dan Syariah di Malaysia. Melalui hukum Faraid, hak yang layak diterima setiap waris telah ditentukan bahagiannya.

2. Bagaimanapun di dalam hukum Faraid, waris-waris dibolehkan bermuafakat untuk menolak atau menerima bahagian pusaka masing-masing selain dari yang telah ditentukan oleh hukum Faraid.

3. Oleh itu, pembahagian harta pusaka tanpa mengikut pecahan pembahagian faraid boleh dibuat jika waris-waris secara sukarela bersetuju untuk berbuat demikian. Persetujuan ini perlu dibuat setelah pemilik harta menginggal dunia dan setelah waris tersebut mengetahui haknya di melalui Faraid.

4. Jika ada waris yang tidak bersetuju, waris tersebut layak mendapat bahagiannya mengikut Faraid manakala waris lain boleh bermuafakat mengikut pecahan pembahagian yang mereka persetujui.

Apa fungsi dan peranan Amanah Raya Berhad?

1. Amanah Raya Berhad (ARB) adalah salah satu badan yang berfungsi menguruskan pembahagian pusaka arwah JIKA harta arwah: 1) Nilainya bawah RM 600,000; dan 2) Harta itu dalam bentuk harta alih sahaja (wang tunai atau saham).

2. Kalau wang pusaka milik arwah melebihi RM 600,000; atau sebahagian harta pusaka arwah dalam bentuk hartanah, pembahagian pusaka arwah tidak boleh dibuat oleh ARB.

3. Jika waris masih ingin melantik ARB untuk menguruskan pusaka arwah tersebut, ARB akan dilantik wakil kepada waris untuk membuat permohonan pembahagian pusaka di Mahkamah Tinggi atau di Unit Pembahagian Pusaka Kecil dengan caj perkhidmatan yang tertentu.

Berapa caj perkhidmatan Amanah Raya?

Apa hukum melambat-lambatkan pembahagian pusaka?

1. Hukum melambatkan pembahagian pusaka adalah HARAM jika dengan sengaja melambatkan pembahagian tersebut menyebabkan ada waris dizalimi.

2. Oleh itu, waris digalakkan mempercepatkan proses perbicaraan dan pembahagian pusaka berdasarkan kemampuan masing-masing kerana menyegerakan pemberian hak kepada yang berhak adalah dituntut dalam Islam.

3. Biasanya dalam harta pusaka arwah, ada banyak pihak lain yang turut berhak terima bahagian selain waris. Contohnya hak pemiutang (jika belum diselesaikan), hak orang fakir miskin (jika Zakat belum dibayar) dan hak Allah seperti Badal Haji (jika belum ditunaikan).

Bila masa yang paling sesuai untuk berbincang berkenaan pusaka arwah ibu bapa kita?

1. Masa yang paling sesuai ialah masa yang paling awal setelah jenazah selesai dikebumikan. Sebaiknya waris-waris berkumpul serta dalam keadaan yang tenang.

2. Mesti diingat, tujuan utama perbincangan pusaka adalah bagi menyelesaikan segala urusan duniawi arwah. Selain itu, ia juga bertujuan menyempurnakan hak waris-waris.

3. Menyegerakan urusan pusaka arwah adalah perbuatan yang wajar dipuji. Banyak kes pusaka yang lama tergangguh berpunca dari hilangnya gesaan untuk menyegerakan penyelesaian pusaka akibat takut dituduh tamak/gelojoh.

4. Kesannya ramai waris yang menzalimi waris yang lain dengan memakan harta pusaka secara salah tanpa mereka sedari.

Siapa yang perlu tanggung kos pengurusan pusaka?

1. Kos pengurusan dan pembahagian pusaka boleh ditolak dari wang pusaka arwah. Waris juga tidak diwajibkan mengeluarkan duit poket mereka bagi membiayai kos pengurusan pusaka arwah.

2. Bagaimanapun jika ada waris yang berkemampuan dan sanggup menanggung kos dengan sukarela maka ia turut dibolehkan. Lazimnya waris-waris akan berkongsi kos pengurusan pusaka dan kemudiannya akan diganti semula dengan wang pusaka sebelum pembahagian akhir dibuat.

3. Keharusan menggunakan wang pusaka arwah untuk pengurusan pusaka turut dinyatakan dalam pandangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertarikh 11 Disember 2019 seperti dipautan berikut:

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3875-al-kafi-1472-hukum-menggunakan-wang-pusaka-bagi-membiayai-kos-pengurusan-harta-pusaka

Berapa lama tempoh untuk pengurusan harta pusaka?

1. Tempoh pengurusan dan pembahagian pusaka bergantung kepada harta yang ditinggalkan arwah, dokumen yang lengkap serta kerjasama yang diberikan oleh waris.

2. Secara purata tempoh yang diperlukan adalah sekitar 3 hingga 6 bulan sekiranya keperluan-keperluan di atas dipenuhi. Untuk rekod setakat ini, rekod terbaik kami di Pusakacare.com adalah menyelesaikan urusan pelanggan adalah dalam tempoh 45 hari berkerja sahaja.

Kenapa saya perlu ada wasiat?

1. Semua orang digalakkan mempunyai Wasiat Pentadbiran masing-masing. Wasiat Pentadbiran amat penting supaya semua urusan arwah dapat diselesaikan dengan pantas dan sempurna. Manfaat buat wasiat ini bukan sahaja untuk waris bahkan untuk arwah/pewasiat itu sendiri.

2. Untuk waris, urusan akan menjadi mudah dan ringkas. Perbicaraan pusaka akan menjadi sangat cepat sekalipun tanpa kerjasama semua waris.

3. Untuk arwah/pewasiat pula, urusan Duniawi arwah dapat dilangsaikan supaya urusan Akhirat lebih lancar dan selamat insyaAllah.

Apa perbezaan meninggal dunia berwasiat dengan tanpa wasiat?

Apa hak penama KWSP?

1. Penamaan mana-mana individu bagi wang simpanan arwah dalam KWSP hanyalah sebagai pengurus dan pemegang amanah sahaja. Penama tersebut boleh membuat pengeluaran wang arwah dari KWSP untuk diuruskan dan dibahagikan kepada waris yang berhak.

2. Penamaan KWSP tidak memberikan hak kepada penama itu untuk mengambil wang KWSP arwah sebagai miliknya sendiri.

3. Jika penama tersebut adalah Waris Faraid arwah, maka haknya hanya setakat apa yang ditetapkan oleh Faraid sahaja.

Siapa perlu tanggung hutang arwah?

1. Hutang arwah perlu dibayar dengan menggunakan harta pusaka arwah sebelum ia dibahagikan kepada waris-waris. Jika harta arwah tidak mencukupi untuk melunaskan hutangnya, waris-waris tidak wajib melunaskan hutang tersebut.

2. Walaubagaimanapun atas dasar kasih sayang terhadap arwah, waris digalakkan melunaskan hutang arwah bagi pihaknya jika berkemampuan.

3. Hadis Nabi S.A.W menyatakan bahawa jiwa arwah yang berhutang akan tergantung sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.

Apa itu Wasiat?

1. Wasiat adalah pernyataan yang dibuat oleh arwah (pewasiat) samada berkenaan pengurusan atau pemberian harta miliknya dan hanya berkuatkuasa setelah arwah meninggal dunia.

Jenis-jenis wasiat untuk orang Islam?

Terdapat dua jenis wasiat yang boleh dibuat berdasarkan fungsi dan tujuan wasiat itu dibuat:

1. Wasiat Pemberian Harta: Wasiat yang dibuat untuk beri harta kepada mana-mana pihak SELAIN waris yang layak terima faraid (Waris Faraid). Pemberian wasiat dihadkan setakat 1/3 sahaja dari keseluruhan harta arwah selepas ditolak hutang.

2. Wasiat Pentadbiran: Wasiat yang dibuat untuk melantik mana-mana pihak yang dirasakan sesuai untuk menjadi pentadbir/pemegang amanah/wakil kepada arwah bagi menguruskan harta pusaka arwah selepas kematiannya.

Apa beza antara Wasiat Pentadbiran dengan Wasiat Pemberian Harta?

Apakah kesan Wasiat Pemberian Harta dibuat kepada Waris Faraid (seperti anak, isteri, ibu bapa dan lain-lain)?

1. Wasiat Pemberian Harta yang dibuat oleh Pewasiat kepada Waris Faraid sebenarnya tidak boleh dikuatkuasakan.

2. Bagaimanapun wasiat tersebut masih boleh diikuti oleh waris sekiranya Waris Faraid yang lain bersetuju terhadap pemberian harta dalam wasiat tersebut.

3. Persetujuan tersebut hendaklah dibuat selepas Pewasiat meninggal dunia.

4. Jika ada sebahagian Waris Faraid yang tidak bersetuju, waris tersebut perlu diberikan haknya menurut peruntukan Faraid manakala waris yang bersetuju pula boleh bermuafakat sesama mereka untuk mengikut wasiat tersebut.

Berapa lama harta pusaka boleh diuruskan jika arwah ada wasiat bertulis?

1. Jika arwah mempunyai Wasiat Pentadbiran, perbicaraan harta pusaka boleh diselesaikan seawal 30 hingga 45 hari sahaja dari tarikh pusaka difailkan.

Apa itu Hibah?

1. Hibah ialah hadiah. Hibah bermaksud pemberian oleh pemilik harta semasa hidupnya kepada mana-mana pihak (biasanya anak kandung, keluarga terdekat atau badan kebajikan) secara sukarela serta tanpa sebarang balasan.

2. Pemberian tersebut perlu memenuhi rukun hibah selaras tuntutan hukum syarak.

3. Harta yang dihibahkan secara sah tidak boleh dibahagikan secara Faraid. Harta tersebut perlu diserahkan kepada pemiliknya yang sah iaitu Penerima Hibah.

Apa beza antara Wasiat Pemberian Harta dengan Hibah?

Kenapa saya perlukan Hibah?

1. Keperluan buat penulisan Hibah adalah mengikut keadaan setiap keluarga dan individu. Jika ada keperluan, maka pemilik harta digalakkan untuk buat doumen hibah.

2. Ada pelanggan yang buat dokumen hibah kerana ingin kukuhkan kasih sayang antara Pemberi Hibah dengan Penerima Hibah. Hadis Nabi SAW mengatakan: “Saling memberi hadiahlah (hibah), nescaya kamu akan saling sayang menyayangi".

3. Terdapat juga pelanggan yang buat dokumen hibah kerana ingin menjamin hak waris yang tertentu kerana ada keperluan. Contohnya melebihkan pemberian kepada anak/waris yang OKU atau sebagainya.

Bolehkah hak penerima Hibah dicabar di mahkamah?

1. Hibah yang sah boleh dikuatkuasakan dalam undang-undang Malaysia. Sekalipun ia dicabar di mahkamah, Mahkamah Syariah akan mengiktiraf dokumen hibah yang sah serta hak Penerima Hibah.

2. Seterusnya pendaftaran harta kepada Penerima Hibah boleh dibuat.

Bagaimana status Wasiat dan Hibah yang tidak bertulis?

1. Apa-apa Wasiat dan Hibah yang tidak bertulis perlu melalui proses pengesahan yang ketat di mahkamah. Pihak yang menuntut perlu mengemukakan bukti yang kukuh.

2. Banyak kes yang dibawa ke mahkamah gagal kerana tidak berjaya mengemukakan pembuktian yang cukup. Kesudahannya, Wasiat atau Hibah tersebut akan dianggap tidak wujud disisi undang-undang dan hukum syarak.

3. Oleh itu dokumen bertulis Wasiat atau Hibah amat penting bagi menjamin hak dan kepentingan setiap individu yang terlibat.

Berapa lama tempoh masa diperlukan bagi penyediaan Dokumen Wasiat atau Hibah?

Masa penyediaan Dokumen Wasiat atau Hibah bagi seseorang pelanggan adalah dalam tempoh 14 hari dari tarikh pihak kami menerima pembayaran dan dokumen lengkap dari pelanggan.
Berwasiatlah & Uruslah Pusaka.
© Hakcipta terpelihara. Pusaka Care 2025
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram