Dasar Keselamatan
Pusakacare.com amat komited dalam memastikan keselamatan semua transaksi yang anda laksanakan dalam talian bersama kami adalah selamat, terjamin dan sulit. Untuk tujuan ini, kami telah menyediakan sistem kawalan perlindungan privasi yang direka khas untuk memastikan standard keselamatan dan tahap kerahsiaan yang paling tinggi.
Walaupun kami mengambil langkah-langkah tertentu untuk memastikan komunikasi dan transaksi adalah selamat dan terjamin, namun kami tidak mempunyai kawalan terhadap komputer yang anda gunakan untuk mengakses sistem kami. Oleh itu, sila ambil perhatian perkara berikut:
- Sila pastikan anda tidak memberi peluang kepada sesiapa untuk mengakses maklumat yang terdapat di dalam komputer anda.
- Pastikan peralatan yang anda gunakan tidak membenarkan aktiviti pasang telinga atau rakaman.
- Sentiasa log keluar dari sistem kami sebelum melawat laman Internet lain atau apabila anda selesai dengan transaksi anda.
- Jangan hantar maklumat berkenaan akaun bank anda melalui e-mel.
Keselamatan dan Pemantauan Sistem
- Sistem Firewall, penyulitan data yang kukuh, perlindungan anti-virus dan sistem pengawasan keselamatan sepanjang masa untuk mengesan dan mencegah sebarang aktiviti menyalahi undang-undang ke atas sistem rangkaian kami.
- Kajian keselamatan pada sistem kerap kali dilaksanakan oleh Audit Sistem Dalaman kami serta pakar keselamatan luaran.
- Kerjasama dengan vendor/pengeluar utama untuk mengikuti perkembangan teknologi keselamatan maklumat dan melaksanakannya di mana perlu.
Pusakacare.com menggunakan kombinasi langkah-langkah keselamatan dan pemantauan sistem untuk transaksi dalam talina kami: