Notis Privasi ini telah dikemaskini pada 1 April 2024
Kami, Syarikat Pusakacare.com [ KT0446570-K], subsidiari kami, syarikat berkaitan dan/atau syarikat bersekutu (secara kolektif, “Pusakacare.com”) komited untuk melindungi data peribadi yang berada di dalam simpanan serta kawalan kami. Notis Privasi ini adalah untuk memaklumkan anda bagaimana kami mengumpul, mengendalikan, melindungi, menyimpan dan berkongsi data peribadi anda semasa menjalankan perniagaan kami dengan teliti dan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”). Notis Privasi ini juga memberikan maklumat bagaimana anda boleh mengakses data peribadi anda dan mengawal pendedahan data peribadi anda oleh kami. Bagi tujuan Notis Privasi ini, Pusakacare.com juga akan dirujuk sebagai “Kami” atau “Kita”.
Tujuan Notis Privasi Ini
Notis Privasi ini mematuhi Akta yang memerlukan Pusakacare.com untuk melindungi yang berikut: –
Prinsip Am: Pemprosesan data memerlukan persetujuan Persetujuan diperlukan bagi membolehkan data peribadi diproses. Data peribadi yang diberikan oleh anda mungkin akan digunakan bagi tujuan yang sah berkaitan dengan aktiviti perniagaan kami setakat mana yang dibenarkan dan tidak melebihi tujuan yang dinyatakan. Sekiranya maklumat berkaitan diri anda diberikan secara sukarela, maka ianya dianggap bahawa anda telah memberi persetujuan. Anda boleh, melalui notis bertulis, membatalkan persetujuan tersebut dan kami harus memberhentikan pemprosesan data peribadi anda dalam tempoh yang munasabah.
Prinsip Notis dan Pilihan Pusakacare.com perlu memaklumkan anda secara bertulis bahawa maklumat peribadi tersebut sedang diproses, jenis maklumat peribadi yang kami kumpul dan yang didedahkan (oleh kami atau pihak ketiga) dan untuk tujuan apa.
Prinsip Penzahiran Prinsip penzahiran mempunyai dua aspek:
Pusakacare.com hanya boleh mendedahkan data untuk tujuan ia dikumpulkan / diterima; dan
Pusakacare.com hanya boleh mendedahkan data kepada pihak ketiga atau kelas-kelas pihak ketiga seperti yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini kepada anda.
Prinsip Keselamatan Perlindungan maklumat peribadi anda amat penting bagi kami. Pusakacare.com perlu mengambil langkah-langkah praktikal untuk melindungi data peribadi daripada sebarang kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses tanpa kebenaran atau tidak sengaja atau pendedahan, pengubahan atau pemusnahan. Semua pendedahan maklumat peribadi anda yang dibenarkan kepada ejen kami atau Pengantara Takaful yang sah, kami telah dan akan pastikan mereka melindungi data peribadi tersebut dengan sewajarnya.
Prinsip Penyimpanan Prinsip ini menetapkan bahawa data peribadi anda akan disimpan dan/atau diproses untuk tempoh yang diperlukan sahaja bagi memenuhi tujuan ianya dikumpul. Pusakacare.com akan terus menyimpan maklumat peribadi anda jika perlu bagi tujuan perundangan dan kawal selia. Apabila data peribadi anda tidak lagi diperlukan maka data anda akan dimusnahkan dan dipadamkan secara kekal.
Prinsip Integriti Data Prinsip ini mewajibkan Pusakacare.com untuk memastikan bahawa data peribadi yang dikumpul adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.
Prinsip Akses Ini adalah hak anda untuk mengakses dan membetulkan data peribadi anda jika ianya tidak tepat.
Pengumpulan Data Peribadi
Bagi tujuan menyediakan perkhidmatan Pusakacare.com, kami memerlukan anda untuk memberi kami data peribadi anda yang mana termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
Data Peribadi Tidak Sensitif
Nama dan umur;
Alamat rumah/surat-menyurat;
Nombor Kad Pengenalan/Pasport;
Maklumat untuk dihubungi, nombor telefon, alamat emel;
Biodata/profil peribadi;
Gambar atau imej video;
Maklumat pekerjaan;
Maklumat aset simati;
Maklumat aset pemohon;
Maklumat status insolvensi;
Data peribadi ahli keluarga atau waris terdekat;
Data peribadi ahli waris yang berkaitan dengan pemprosesan tuntutan, penyediaan produk dan perkhidmatan yang berkaitan; dan/atau
Apa-apa data peribadi lain yang diperlukan (dengan persetujuan anda).
Data Peribadi Sensitif
Kondisi fizikal dan/atau mental;
Kepercayaan agama;
Pensabitan apa-apa kesalahan atau melanggar mana-mana undang-undang pada bila-bila masa; dan/atau
Apa-apa data peribadi sensitif lain yang diperlukan (dengan persetujuan anda).
Penggunaan Data Peribadi Adalah menjadi tanggungjawab kami menggunakan data peribadi tersebut hanya untuk menjalankan perniagaan kami dan tiada sebab lain yang mana hendaklah termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:-
Menjalankan apa-apa aktiviti berhubung atau berkaitan dengan menjalankan kewajipan Pusakacare.com sebagai Konsultan dan Pengendali Perkhidmatan Pengurusan Pusaka;
Perkhidmatan pelanggan di bawah perjanjian, pengendalian aduan, pemuliharaan, termasuk apa-apa perkhidmatan nilai tambah;
Menjalankan apa-apa aktiviti penyiasatan semasa perkhidmatan dijalankan;
Menjalankan apa-apa aktiviti dalam menjalankan hak subrogasi/pemulihan;
Menjalankan apa-apa aktiviti bagi tujuan mencegah, menyiasat dan/atau melaporkan sebarang aktiviti jenayah sebenar atau yang disyaki (contoh; pengubahan wang haram, pembiayaan aktiviti keganasan, sogokan, rasuah, penipuan, dan lain-lain);
Menjalankan apa-apa aktiviti bagi tujuan pematuhan undang-undang, peraturan atau garis panduan yang dikeluarkan oleh atau dengan kerjasama dengan mana-mana badan pematuhan atau pihak berkuasa di dalam atau di luar Malaysia;
Menjalankan apa-apa aktiviti bagi tujuan pemasaran (termasuk pemasaran secara langsung, kecuali diarahkan secara nyata oleh anda untuk menghentikannya);
Menjalankan penyelidikan, audit, penilaian risiko, kajian, termasuk penyelidikan statistik/aktuari atau analisis/kajian dengan syarat anda tidak boleh dikenal pasti secara terbuka di dalam laporan/kajian itu;
Perlaksanaan obligasi di bawah mana-mana skim yang sah di bawah undang-undang bagi pemindahan perniagaan;
Bekerjasama di dalam penyiasatan yang dijalankan oleh mana-mana pihak yang mempunyai otoriti; dan
Menjalankan siasatan ke atas mana-mana perkhidmatan pihak ketiga (termasuk pihak yang berkaitan) bagi apa-apa dakwaan penipuan, konspirasi, melanggar mana-mana undang-undang, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan, kod amalan, salah laku atau apa-apa tingkah laku atau amalan yang tidak beretika;
Persetujuan Anda Adalah Penting!
Apabila anda mendaftar untuk produk dan perkhidmatan kami, anda dikehendaki memberi data peribadi anda kepada Pusakacare.com. Dengan berbuat demikian, anda telah membenarkan penggunaan data tersebut oleh Pusakacare.com selaras dengan Notis Privasi ini.
Pengumpulan data peribadi anda oleh Pusakacare.com boleh dilakukan secara sukarela bergantung kepada tujuan bagi maksud pengumpulan data peribadi tersebut. Jika diwajibkan bagi anda untuk menyatakan data peribadi anda kepada Pusakacare.com, dan anda gagal atau memilih untuk tidak memberikan kepada kami data tersebut, atau tidak bersetuju dengan Notis Privasi di atas, Pusakacare.com tidak dapat menyediakan produk dan/atau perkhidmatan kami atau berurusan dengan anda, sama sekali.
Bagaimana Kami Mengumpul Data Peribadi Anda
Pusakacare.com telah memperolehi data anda dari pelbagai sumber, seperti:
Apabila anda melengkapkan dan/atau memberikan dokumen dan/atau maklumat lisan semasa menyertai produk perkhidmatan Pusakacare.com;
Apabila anda menghubungi Pusakacare.com melalui pelbagai kaedah kami seperti borang permohonan, emel dan surat, panggilan telefon dan perbualan anda dengan kakitangan kami di cawangan. Jika anda menghubungi kami atau kami menghubungi anda menggunakan telefon, kami akan memantau atau merekodkan panggilan telefon (jika ada) tersebut untuk tujuan jaminan kualiti, latihan dan keselamatan;
Melalui analisis transaksi anda (contohnya sejarah pembayaran, pembelian produk);
Apabila kami mendapatkan data peribadi melalui penyertaan anda di dalam kaji selidik pelanggan kami atau apabila anda mendaftar untuk mana-mana pertandingan atau promosi kami;
Apabila kami mendapatkan sebarang data dan maklumat daripada pihak ketiga (contoh agensi rujukan kredit, agensi kawal selia dan penguatkuasaan, hospital, adjuster, peguam, majikan, waris, wakil sah, pasangan, ibu bapa, penjaga, tanggungan dan/atau syarikat-syarikat/perkongsian yang anda memegang jawatan pengarah, pegangan saham atau perkongsian dalam);
Apabila anda membuat sebarang transaksi komersial dengan Pusakacare.com termasuk tetapi tidak terhad kepada anda menyediakan barangan dan/atau perkhidmatan atau perkhidmatan profesional;
Rakaman video dari kamera pengawasan keselamatan litar tertutup dan audio di premis kami atau di majlis yang dianjurkan oleh kami; dan/atau
Dari sumber yang boleh didapati secara umum.
Bagaimana Anda Boleh Mengakses dan Membetulkan Data Peribadi Anda
Data peribadi anda adalah sangat penting untuk Pusakacare.com bagi membolehkan kami menyediakan perkhidmatan. Sehubungan itu, kami akan menggunakan segala usaha yang sewajarnya untuk memastikan kesahihan data anda, kami juga mungkin akan bergantung kepada sumber-sumber yang dinyatakan di atas dan dengan itu tidak menjamin ketepatan pada data peribadi anda.
Anda mempunyai hak untuk memohon akses, memohon salinan, permohonan untuk mengemas kini data peribadi anda yang disimpan oleh Pusakacare.com, setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai. Kami mungkin akan mengenakan sedikit bayaran bagi menampung kos pentadbiran yang terlibat dalam memproses permintaan anda untuk mengakses data peribadi anda. Walau bagaimanapun, Pusakacare.com berhak untuk bergantung kepada mana-mana pengecualian dibawah perjanjian, undang-undang dan/atau pengecualian dalam mengumpul, mengguna dan mendedah data peribadi anda.
Jika anda mendapati data peribadi anda tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau bukan yang terkini anda mempunyai hak untuk menukar data peribadi tersebut.
Selain itu, anda juga mempunyai hak, melalui notis bertulis untuk memaklumkan kepada Pusakacare.com mengenai penarikan (sepenuhnya atau sebahagian) persetujuan anda yang terdahulu kepada Pusakacare.com tertakluk kepada sebarang sekatan undang-undang, syarat kontrak dan tempoh masa yang munasabah untuk melaksanakan penarikan balik persetujuan tersebut. Walau bagaimanapun, penarikan balik persetujuan anda akan menyebabkan kesan keatas kontrak dan/atau undang-undang akibat dari penarikan tersebut. Berhubung dengan perkara ini, ianya bergantung setakat mana penarikan balik persetujuan untuk Pusakacare.com memproses data peribadi anda, ia mungkin akan menyebabkan Pusakacare.com tidak dapat meneruskan hubungan sedia ada atau kontrak sedia ada anda dengan Pusakacare.com akan ditamatkan.
Pendedahan Data Peribadi Anda
Hanya untuk tujuan seperti yang dinyatakan untuk menyediakan perkhidmatan yang berkesan, sila ambil perhatian bahawa Pusakacare.com akan/atau boleh mendedahkan data peribadi anda kepada kategori parti berikut tertakluk pada keperluan sahaja di dalam atau di luar Malaysia bagi maksud yang dinyatakan di atas:
Individu atau organisasi di dalam kumpulan Pusakacare.com;
Rakan kongsi, pembekal perkhidmatan pihak ketiga, pusat panggilan pihak ketiga, ejen berdaftar di bawah Pusakacare.com;
Pembekal perkhidmatan kepada Pusakacare.com setakat mana diperlukan;
Pihak berkuasa yang berkaitan, agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang, mahkamah tribunal, badan-badan kawal selia dan/atau agensi atau badan-badan berkanun atau mana-mana individu lain di mana Pusakacare.com di bawah obligasi untuk untuk membuat pendedahan di bawah kehendak mana-mana undang-undang yang terikat oleh Pusakacare.com atau bersekutu atau mana-mana syarikat bersekutu yang dijangka untuk mematuhinya;
Juruaudit, perunding, peguam, akauntan, pengurus dana atau penasihat profesional lain Pusakacare.com yang dilantik berkaitan dengan perniagaan secara sulit, untuk menyediakan perkhidmatan kepada kami;
Bank, syarikat kad kredit atau institusi kewangan lain bagi tujuan pemungutan atau pemulangan apa-apa wang yang tertunggak atau perlu dibayar;
Mana-mana orang yang dibenarkan oleh anda atau, mana-mana antara berikut yang berkenaan, wasi, pentadbir atau wakil diri yang sah;
Mana-mana orang yang pendedahan kepadanya adalah perlu bagi tujuan penyiasatan atau pelaksanaan perkhidmatan Pusakacare.com;
Mana-mana orang yang pendedahan kepadanya itu adalah perlu bagi tujuan penyiasatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, prosiding jenayah atau prosiding sivil, atau kepada mana-mana orang yang penzahiran tersebut wajib dibuat atas perintah mahkamah; dan/atau
Pembekal perkhidmatan pihak ketiga lain yang dilantik untuk menyediakan pentadbiran, telekomunikasi, pembayaran, pemprosesan data, penyimpanan data, atau perkhidmatan lain kepada kami.
Jika Pusakacare.com bergabung atau diambil alih oleh entiti yang lain maklumat peribadi anda yang dikenal pasti mungkin dipindahkan kepada entiti tersebut sebagai sebahagian daripada gabungan atau pengambilalihan.
Jika anda membekalkan data peribadi pihak-pihak lain seperti ahli keluarga, penjaga sah, penama, pengarah, pemegang saham atau pengawai, sila pastikan anda telah mendapat keizinan mereka dan membawa Notis Privasi ini untuk perhatian mereka.
Penyimpanan Data Peribadi
Data peribadi anda tidak akan disimpan lebih daripada tempoh yang diperlukan bagi memenuhi tujuan data dikumpulkan kecuali penyimpanan itu diperlukan untuk tujuan operasi, audit, undang-undang, kawal selia, cukai atau perakaunan. Kami akan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan data tersebut dilupuskan atau dipadam secara kekal.
Walau bagaimanapun, data peribadi boleh disimpan untuk tempoh yang lebih lama jika pengumpulan itu perlu bagi maksud yang berikut:
prosiding undang-undang atau penyiasatan pihak kawal selia atau siasatan yang sama atau kewajipan untuk menghasilkan maklumat tersebut;
suatu jenayah atau salah laku yang disyaki atau dikesan;
maklumat yang berkaitan dengan syarikat dalam pembubaran atau penerimaan, di mana hutang tersebut berkaitan dengan pelanggan; atau
maklumat dianggap mempunyai kepentingan potensi sejarah, termasuk tetapi tidak terhad kepada tujuan yang diterangkan di atas.
Hak Anda Mengenai Data Peribadi
Ianya adalah hak anda untuk meminta kami menghentikan pengunaan data peribadi anda dengan:-
Penarikan balik persetujuan anda;
Permohonan bertulis untuk menghentikan atau tidak memulakan pemprosesan data peribadi anda sekiranya merasakan bahawa penggunaan data tersebut akan menyebabkan atau bermungkinan menyebabkan kerosakan besar atau masalah besar kepada anda; dan/atau
Permohonan bertulis untuk menghentikan atau tidak memulakan pemprosesan data peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung.
Kami mengendalikan semua data yang diminta sebagai kewajipan. Walau bagaimanapun, penarikan balik persetujuan atau permohonan untuk tidak berurusan dengan data peribadi anda akan menyebabkan kami tidak dapat terus menyediakan perkhidmatan dan produk kami kepada anda, yang mungkin akan melibatkan pembatalan mana-mana perkhidmatan yang sedia ada anda dengan kami.
Kami mungkin akan mengubah atau mengemas kini bahagian Notis Privasi ini untuk mengekalkan pematuhan kami terhadap undang-undang dan peraturan atau berikutan kemas kini amalan piawaian dalaman kami. Kami akan melakukannya dengan mengemas kini ayat pada laman web dan tarikh penerbitan pada bahagian atas halaman ini, walaupun begitu, sila ambil perhatian bahawa; anda tidak akan semestinya sentiasa dimaklumkan mengenai sebarang perubahan. Sehubungan dengan itu, sila pastikan anda sentiasa memeriksa Notis Privasi ini agar peka pada sebarang perubahan atau kemas kini.
Komunikasi Elektronik dan Pemasaran Langsung
Tambahan terhadap pernyataan di atas, Pusakacare.com boleh menggunakan nama dan butiran anda untuk tujuan promosi atau pemasaran termasuk menghantar kepada anda bahan-bahan promosi dan menjalankan pemasaran langsung berhubung dengan produk dan perkhidmatan kami yang dibenarkan oleh undang-undang.
Bagi tujuan pemasaran langsung, kami boleh, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, memberikan maklumat peribadi anda kepada pembekal (sama ada di dalam atau di luar kumpulan Pusakacare.com) atau mana-mana produk dan perkhidmatan yang dinyatakan di atas dan pusat panggilan, pemasaran atau perkhidmatan penyelidikan (“organisasi pemasaran langsung lain”) supaya mereka boleh menghantar bahan-bahan promosi dan menjalankan pemasaran langsung berhubung dengan produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan kepada anda.
Pusakacare.com boleh memproses nama, alamat emel, alamat rumah atau nombor telefon/faks untuk tujuan pemasaran langsung jika telah mendapat kebenaran untuk menggunakan data peribadi anda pada masa pengumpulan data peribadi dan mesej adalah terhad kepada produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusakacare.com. Oleh itu, kami hanya akan berkomunikasi dengan anda untuk tujuan pemasaran langsung melalui pos dan komunikasi elektronik yang merangkumi SMS/MMS, Whatsapp, emel, panggilan telefon dan faks.
Jika anda telah memberikan persetujuan dan ingin memilih untuk tidak menerima apa-apa bahan pemasaran langsung dari Pusakacare.com, sila nyatakan secara bertulis atau emel ke alamat emel kami yang disediakan pada akhir Notis Privasi ini atau hubungi Pusat Panggilan kami di nombor telefon yang disediakan di bawah.
Bagaimana untuk Menghubungi Kami
Jika anda mempunyai sebarang persoalan mengenai Notis Privasi ini, atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, atau ingin membuat aduan atau akses kepada data atau permohonan pembetulan berkenaan data peribadi anda, anda boleh menghubungi Pusakacare.com melalui alamat berikut:
U/P:
Unit Khidmat Pelanggan
Alamat:
Pusakacare.com No.25-2, Tingkat 2, Jalan Setia Perdana BC, U13/BC Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor Malaysia
No. Tel.:
03-58800488
No. Whatsapp:
012-2026656
Alamat E-mel:
pusakacare@gmail.com
Berwasiatlah & Uruslah Pusaka.
Hubungi Kami
No.25-2F-A, Jalan Setia Perdana BC, U13/BC Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.