Apa dia harta alih & harta tak alih

Kategori : 
November 14, 2022

Bila kita menguruskan pusaka, kita akan jumpa istilah ini: Harta Alih ( Movable Property ) dan Harta Tak Alih ( Immovable Property ). Ini penjelasannya.

Harta Alih seperti namanya, ialah harta yang boleh di alih-alih. Semudah itu. Contoh harta alih seperti wang (dalam poket atau dalam bank), simpanan KWSP, saham syarikat atau koperasi, manfaat takaful, harta intelek, keahlian kelab ( kelab golf dan sebagainya), barang kemas, bar emas, koleksi berharga, kenderaan, barangan peribadi dan banyak lagi.

Harta Tak Alih pula seperti namanya, harta yang tak boleh di alih-alih. Contoh harta tak alih adalah seperti rumah, apartment, kondominium, flat, pangsapuri, tanah pertanian, tanah lot, unit pejabat dan yang seumpamanya.

Soalan menarik yang pernah kami terima: Macam mana rumah kampung yang dibuat dari kayu dan boleh diangkat-angkat? Jawapan: Rumah itu adalah harta alih kalau pemiliknya berbeza dengan pemilik tanah itu dan ia jadi harta tak alih kalau pemilik rumah dan tanah adalah orang yg sama.

Tag :
Kongsikan artikel ini!
[DISPLAY_ULTIMATE_SOCIAL_ICONS]
Berwasiatlah dan Uruslah Pusaka
© Hakcipta terpelihara | Pusaka Care | 2020-2022
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram